Masalah Alahan

Not eating chicken lately. WHY? Because of Allergic Reaction?. CHOOSE Ayam Kampung Organik. The Best Alternative for Kids or Adults with Allergies (when eating chicken). NOW you can enjoy eating HEALTHY chicken.

Penghantaran / Delivery

Kawasan Servis Penghantaran PERCUMA adalah :-

FREE Delivery Service areas are :-

Seri Kembangan (The Atmosphere/ Taman Prima Topika/ Pusat Bandar Putra Permai/Taman Pinggiran Putra/Taman Equine / Bandar Putra Permai / Lestari Putra / Kota Perdana / Villa Perdana / Lestari Perdana / Taman Desaminium)
& Puncak Jalil

Kawasan Servis Penghantaran dengan caj penghantaran $5 dan minimum 2 ekor ayam adalah :-

Delivery Service areas with $5 delivery charge and a minimum order of 2 birds area :-


Puchong (Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama, Puchong Perdana, Puchong Intan, Bandar Puteri, Bandar Kinrara), Taman Universiti Indah, Sierra16, Taman Suria Tropika, Cyberjaya & Putrajaya.

Free Delivery

Untuk Penghantaran Sila Hubungi :
For Delivery Please Contact :
Anizam
Whatsapp / SMS / Call
018-2425676
SMS / Call :
013-3945862



Agents WANTED!

Monday 22 June 2015

Pengumuman Saiz Ayam Yang Dibekalkan & Tempahan produk lain

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

  Pada masa sekarang saya menumpukan kepada satu saiz ayam sahaja iaitu saiz biasa.  Ini adalah memandangkan pengeluaran ayam untuk saiz lain oleh pihak Azzain adalah terhad.  Oleh itu, pihak pembekal yang saya dapatkan bekalan telah menetapkan kepada cuma satu saiz sahaja.

  Walaubagaimanapun produk-produk lain masih boleh ditempah tetapi bergantung kepada stok yang dibekalkan oleh phak Azzain.

  Sokongan anda kepada produk halal toyyiban ini amatlah dihargai.

  Terima kasih.

Salam dari saya,
Anizam
Seri Kembangan (Bandar Putra Permai)

p/s : sila rujuk harga terbaru pada ruangan harga (Product & Price List)

Monday 19 November 2012

Kami Berpindah Tempat Operasi

Assalamua'alaikum dan Selamat Sejahtera,

  Di sini ingin saya maklumkan yang kami telah berpindah operasi ke alamat baru. Masih di kawasan Putra Permai, Seri Kembangan.

  Kami sekarang beroperasi di Desaminium Rimba, Taman Desaminium (bersebelahan Taman Lestari Perdana).  Kawasan lingkungan operasi masih lagi sama cuma rakan-rakan di Puncak Jalil akan merasakan tempat kami sekarang lebih dekat.

  Sekian Harap Maklum.

Tuesday 21 February 2012

Harga Ayam Kampung Organik dan Ayam Daging TERKINI

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

   Setelah beberapa kali harga ayam berubah, pihak pembekal Azzain telah mengeluarkan harga terkini bagi produk-produk keluaran mereka.

  Pihak pembekal cuba untuk mengekalkan pada harga yang rendah tetapi terpaksa menaikkan juga harga produk-produk ayam mereka.  Walaubagaimanapun, pihak kami akan cuba dari masa ke semasa untuk meminta pihak pembekal Azzain untuk menurunkan lagi harga mereka di masa hadapan. 

  Sokongan anda kepada produk halal toyyiban ini amatlah dihargai. 

  Terima kasih.

Salam dari saya,
Anizam
Seri Kembangan (Bandar Putra Permai)

p/s : sila rujuk harga terbaru pada ruangan harga (Product & Price List)

Thursday 19 May 2011

Pengumuman... Harga Baru Ayam Kampung Organik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  Kami telah diberitahu oleh pembekal bahawa harga ayam kampung organik Azzain terpaksa dinaikkan.  ianya memandang kenaikan harga operasi dan penternakan ayam kampung seperti harga makanan.

  Walaubagaimanapun harga untuk produk ayam daging Azzain masih sama.  Tapi harus diingat harga ayam kampung Azzain masih di antara yang paling murah di pasaran.  Harga baru untuk Ayam Kampung Organik Azzain saiz L ialah $19.50 dan XL ialah $21.00.

  Sekian. Harap Maklum.

Tuesday 1 March 2011

Free Range Organic Chicken @ Ayam Kampung Organik

Free Range Chicken

  Free range poultry farming consists of poultry permitted to roam freely instead of being contained in any manner. A free range chicken must have daytime access to open-air runs during at least half of their life.  In free-range broiler systems, the chickens are given continuous access to an outdoor range during the daytime and sheds where they are housed at night. Free-range chickens grow more slowly than intensive chickens. They live at least 56 days.
  Free range poultry production requires that the poultry have access to the outside. In some cases this means the poultry are raised on pasture, enabling the poultry to move around, forage for their natural diet and live in cleaner conditions than those in batteries. In some farms, the manure from free range poultry can be used to benefit crops.
  The benefits are also a reduced growth rate and opportunities for natural behaviour such as pecking, scratching, foraging and exercise outdoors, as well as fresh air and daylight. Because they grow slower and have opportunities for exercise free-range chickens have better leg and heart health and a much higher quality of life.


Organic Chicken 
  There is another level beyond free range to try and ensure the birds on your table have lived in satisfactory conditions - organic; with the appropriate certifications. These chickens are also free-range, but far slower growing than intensively raised chickens and also slower growing than free range chickens. This usually means fewer health issues. Organic poultry farming forbids the use of growth stimulants, plus there's far greater restrictions on the types of chemicals in the birds' diets and general care. Unfortunately, organic poultry can be rather hard to source; but if you are prepared to buy in bulk, it can be purchased online in some countries for delivery in metropolitan areas.

Ayam Kampung

  Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
  Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagung, ubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.
  Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersil yang dijual di pasaran.
  Selaian itu baka ayam kampung ini mempunyai bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan panjang, kulit berwarna kuning atau kemerahan-merahan. Ayam kampung diternak secara separa bebas dengan makanan organik sebagai makanan utama.

Ayam Organik
  Ayam kampung organik ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan dapat membina sistem imuniti badan yang baik. Tidak menggunakan bahan-bahan kimia dalam makanan & rawatan, harus gunakan bahan-bahan organik saja. Ia diternak 100 peratus secara organik dan tiada kena mengena dengan teknik organism pengubahsuaian genetik (GMO). Penternak tidak menggunakan antibiotik, suntikan hormon, beta agonist atau salbutamol. Kalau ayam tu diberi makan dedak yang macam kita beli kat kedai tu, maka confirm ayam tu dah tak jadi organik.  Ayam-ayam tersebut hendaklah bebas dan menggunakan 60% daripada aktiviti hariannya untuk bergerak.